Tercari-cari kedai bundle yang best di Bandar Baru Bangi? Jangan berlengah lagi! Terus datang ke kedai bundle Save&Save Preloved Outlet di Seksyen 8 atau kedai bundle Sasuke Premium Bundle di Seksyen 9.
Bandar Baru Bangi Telah Menjadi Tumpuan Ramai
Bandar Baru Bangi semakin dikenali ramai apabila Bangi Central menjadi tumpuan ramai peminat tudung dan fashion muslimah. Banyak butik-butik yang terkenal ada di Bangi Central seperti Bella Ammara, Sugarscarf, Tudung People dan banyak lagi. Oleh itu, boleh dikatakan majoriti yang datang ke Bangi Central ini adalah dari golongan kaum wanita. Tidak banyak pilihan yang boleh didapati di Bangi Central yang sesuai dengan cita rasa kaum lelaki. Mungkin Al-Ikhsan sahaja yang menjadi destinasi untuk kaum lelaki cuci mata dan membeli belah.
2 Kedai Bundle Yang Perlu Dikunjungi
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya Bandar Baru Bangi ada beberapa kedai bundle atau pakaian terpakai yang terkemuka di Lembah Klang ini. Lokasinya hanya bersebelahan dengan Bangi Central sahaja. Sangat dekat. Hanya dalam 3 – 5 minit sahaja dengan menaiki kereta. Ada 2 kedai bundle yang top di Bandar Baru Bangi iaitu Sasuke Premium Bundle (Link Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/sasukeclothing/) dan juga Save&Save Preloved Outlet (Link Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/SaveNSaveSection8/) . Dahulu, Save&Save Preloved Outlet dikenali dengan nama Save&Save Bundle.
Save&Save Bundle sudah dinaik taraf sejak 1 April 2017 dan sekarang, Save&Save Bundle dikenali sebagai Save&Save Preloved Outlet. Anda semua dijemput datang ke Save&Save Preloved Store untuk melihat sendiri perbezaannya dengan kedai bundle yang lain. Disamping itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan baju bundle berkualiti yang berjenama pada harga yang berpatutan. Semua pakaian di Save&Save Preloved Outlet adalah bersih kerana telah dicuci terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kedai.
Kebanyakan baju bundle di Save&Save Preloved Outlet adalah pakaian berjenama seperti seluar jeans Levi’s, Wranger, Lee, Guess, Calvin Klein dan pelbagai jenama terkenal yg lain. Untuk seluar smart casual, seluar Dockers dan Dickies memang sentiasa ada menunggu pembelinya. Khas kepada peminat kemeja, jenama seperti Timberland, Ralph Lauran, Columbia, Tommy Hilfiger, Dockers, Gap dan Old Navy adalah biasa didapati disini. Sekiranya anda mencari seluar klasik jenis Sta Press, stok Sta Press sentiasa ada termasuk yang berjenama seperti Levis dan Lee.
Sekiranya ingin ke luar negera, stok ski jaket atau baju sejuk jenama Columbia dan North Face sentiasa ada tersedia. Untuk pakaian sukan seperti t-shirt, track bottom dan track jacket, jenama unggul seperti Adidas, Nike, Puma, Fila dan Reebok memang sentiasa ada untuk menjadi pilihan anda. Semua stok Save&Save Preloved Outlet adalah dibekalkan oleh syarikat kami iaitu 501Millenium Sdn Bhd yang mengimport terus dari pembekal di Kanada dan USA.
Tahukah anda, syarikat kami iaitu 501 Millenium Sdn Bhd telah bertapak di Bandar Baru Bangi sejak 18 tahun yang lalu. Syarikat kami merupakan pemborong bundle dari USA terbesar di Malaysia. 501 Millenium Sdn. Bhd. merupakan pembekal tunggal untuk kedai bundle Save&Save Preloved Outlet. Jadi, semua pakaian di dalam kedai bundle Save&Save Preloved Outlet adalah 100% diimport dari Kanada dan USA. Baju bundle dari Kanada dan USA adalah sangat berkualiti dan dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Kebiasaannya 501 Millenium mengimport 2 kontena setiap bulan untuk memastikan Save&Save Preloved Outlet sentiasa mempunyai stok yang mencukupi termasuk pada waktu puncak seperti di musim perayaan. Sebenarnya, inilah yang membezakan Save&Save Preloved Outlet dari kedai bundle yang lain. Kebanyakan kedai bundle yang lain mendapatkan bekalan dari pemborong bundle di Malaysia dan tidak mengimport sendiri bekalan dari luar negara.
Konsep kedai baju bundle yang ditampilkan oleh Save&Save Preloved Outlet ini adalah masih baru di Malaysia. Di Save&Save Preloved Outlet, anda berpeluang menikmati pilihan pakaian yang berkualiti dan kebanyakannya berjenama di dalam suasana kedai yang nyaman berhawa dingin dan bersih pada harga yang sangat kompetetif. Mungkin anda belum pernah terfikir untuk menikmati peluang sebegini. Jangan lepaskan peluang ini! Luangkan masa anda untuk datang ke kedai bundle Save&Save Preloved Outlet hujung minggu ini. Anda akan dapat merasainya sendiri, bukan sahaja untuk diri anda malah sesuai untuk seisi keluarga kerana Save&Save Preloved Outlet menyediakan pakaian dari pelbagai peringkat umur. Dari peringkat baby, kanak-kanak, wanita dan sudah semestinya, pakaian lelaki.
Save&Save Preloved Outlet akan mengubah persepsi anda mengenai pakaian atau baju bundle. Dan yang lebih penting, anda boleh dan berpeluang untuk mendapatkan pakaian berkualiti serta yang berjenama untuk seisi keluarga pada harga tidak membebankan.
Berminat Untuk Berniaga Pakaian Bundle? Hubungi Kami Sekarang!
Jadi, sekiranya anda mencari baju bundle atau kedai bundle di Bandar Baru Bangi, teruslah menuju ke Save&Save Preloved Outlet. Sekiranya anda mencari pemborong pakaian bundle, anda boleh menghubungi 501Millenium Sdn Bhd melalui email ini mybundle501@yahoo.com atau 012-3192271 (En. Mohamad Ali).
Selain Save&Save Preloved Outlet, Sasuke Premium Bundle juga merupakan kedai bundle yang dikenali ramai di Bandar Baru Bangi. Berbeza dengan Save&Save Preloved Outlet, Sasuke Premium Bundle menjual pakaian terpakai dari Jepun.